
Takrif Solat Fardhu
- Solat fardhu ditakrifkan sebagai solat yang diwajibkan ke atas umat islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu menurut rukun solat yang ditentukan.
Waktu-waktu solat fardhu
- Solat Subuh - bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari.
- Solat Zuhur - bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang- bayang suatu benda menyamai panjangnya.
- Solat Asar - bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
- Solat Maghrib - bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
- Solat Isyak - bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq.
- Ketika matahari di atas kepala.
- Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
- Selepas solat asar sehingga matahari terbenam.
- Azan
- Iqamah
- Bersugi
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas
- Makan dan minum dengan sengaja
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit
- Beralih arah daripada kiblat dengan sengaja
- Meninggalkan rukun solat
- Terbuka aurat dengan sengaja
- Murtad
Solat fardu lima waktu sehari semalam ialah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak, amalan yang pertama sekali disoal ialah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna, maka barulah ditanyakan amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain.
Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekalipun, jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib, dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi umat Islam yang bermusafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.
" Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu dengan waktunya. " (Surah an-nisa' : 103)

" Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu dengan waktunya. " (Surah an-nisa' : 103)
